Semakin ramai golongan pembeli atau individu yang berminat untuk membina rumah moden semakin aktif dalam mencari maklumat dan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Mereka seringkali terdedah kepada pelbagai iklan dan tawaran dari syarikat kontraktor yang mudah ditemui, terutamanya melalui platform sosial seperti Facebook. Namun, adakah mereka sedar bahawa pentingnya untuk mempunyai sesuatu mekanisma yang tepat dalam menentukan pelan rumah yang diidamkan?
Ya, mekanisma yang dimaksudkan adalah Lakaran Pelan Tanah atau Lot Kediaman!
Pelan tanah atau lot kediaman memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pelan rumah yang sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira ketika merancang pelan rumah berdasarkan lot tanah:
- Keluasan Lot: Keluasan lot adalah faktor utama yang menentukan keluasan rumah dan kawasan laman yang sesuai untuk dibina. Dengan mengetahui keluasan lot, anda dapat merancang dengan lebih tepat berapa bilik yang diperlukan dan ruang luar yang diinginkan.
- Panjang dan Lebar Lot: Panjang dan lebar lot memainkan peranan dalam reka bentuk dinding rumah. Ia mempengaruhi reka bentuk ruang dalaman rumah serta penempatan ruang-ruang seperti ruang tamu, dapur, dan bilik tidur.
- Jarak dari Dinding Rumah ke Sempadan Lot: Biasanya, untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jarak yang diwajibkan antara dinding rumah ke garisan sempadan lot adalah tidak kurang dari 10 kaki. Ini adalah penting untuk memastikan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan mengelakkan masalah kelulusan kelak.
Jadi, jangan terlalu teruja dengan pelbagai pelan rumah yang ditawarkan tanpa mempertimbangkan lot tanah anda. Sebaiknya, rujuklah kepada kontraktor secara langsung dan berikan maklumat yang mencukupi mengenai lot tanah anda. Dengan cara ini, anda dapat mendapatkan khidmat nasihat yang tepat dan menghematkan masa anda dalam mencari pelan rumah yang sesuai dengan lot tanah anda.