Easybina Homes merupakan jenama servis kontraktor perumahan yang dimiliki oleh Syarikat Jaya Diri, berdaftar dengan nombor pendaftaran KT 0013543-U. Ditubuhkan sejak tahun 1997, Easybina Homes adalah kontraktor rumah dan awam berdaftar dengan CIDB (1961208-KN018595).
Kami sangat menitikberatkan kualiti binaan melalui kepimpinan kontraktor berpengalaman dan pasukan berkemahiran tinggi untuk memastikan kepuasan serta keselamatan pelanggan. Selaras dengan slogan kami, 'Tentukan Sendiri Rumah Anda,' Easybina Homes memberi kebebasan kepada pelanggan untuk mereka bentuk rumah mereka mengikut citarasa masing-masing.
/kenyataan korporat
Visi & Misi Easybina Homes
VISI KAMI
Membantu seramai mungkin orang ramai untuk memiliki rumah idaman mereka dengan spesifikasi dan kualiti kerja yang telah dijanjikan dan memastikan mereka tahu dan faham proses yang terlibat dalam pembinaan rumah mereka.
MISI KAMI
Menambah baik sistem dan perjalanan kerja serta organisasi agar proses bina rumah lebih cepat, tersusun dan menghasilkan kualiti kerja yang tinggi
Memberi kefahaman dan gambaran yang lebih terperinci kepada pelanggan tentang proses-proses yang bakal dilalui dalam proses bina rumah
Mencari kaedah dan teknologi baru yang lebih baik dalm pembinaan rumah agar kualiti dapat dipertingkatkan dengan lebih baik lagi
Menyediakan latihan secukupnya secara berskala kepada staff agar prestasi kerja lebih efektif dan sekaligus dapat membantu mengembangkan syarikat
/servis kami
Apa yang kami tawarkan
Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
Pakej Rumah + Tanah (Reka & Bina)
Pakej Renovasi Rumah
Menguruskan Pelan Bangunan Dan Guaman (Pinjaman)
LIHAT SEMUA
/Kelebihan kami
Mengapa Pilih Easybina Homes?
Pengalaman Luas
Lebih 20 tahun dalam industri pembinaan dengan rekod yang cemerlang.
Kualiti Terjamin
Penggunaan bahan berkualiti yang diluluskan oleh SIRIM.
Pasukan Profesional
Kontraktor dan subkontraktor berkemahiran tinggi dan berpengalaman.
Pelanggan Diutamakan
Kebebasan untuk mereka bentuk rumah mengikut citarasa sendiri.
Keselamatan Terjamin
Proses pembinaan yang menepati standard keselamatan tinggi.
Perkhidmatan Menyeluruh
Kami menawarkan perkhidmatan yang lengkap dari perundingan awal hingga penyerahan kunci.
/nilai korporat
Nilai-Nilai Asas Easybina Homes
Di Easybina Homes, kami percaya bahawa nilai-nilai asas yang kami pegang adalah kunci kejayaan dan kepuasan pelanggan. Nilai-nilai ini menjadi panduan dalam setiap aspek kerja kami, memastikan bahawa setiap rumah yang kami bina tidak hanya memenuhi, tetapi melebihi jangkaan. Berikut adalah nilai-nilai asas yang menjadi teras perkhidmatan kami:
KUALITI
Kami menggunakan bahan terbaik dan teknik canggih untuk memastikan setiap binaan berkualiti tinggi dan tahan lama.
Integriti
Kejujuran dan ketelusan adalah asas urusan kami, memastikan semua komitmen dipenuhi dengan amanah.
Inovasi
Kami mengaplikasikan teknologi terkini dan idea kreatif untuk menghasilkan rumah yang unik dan memenuhi keperluan pelanggan.
MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami, memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk mereka bentuk rumah impian mereka dengan bimbingan profesional.