Pengalaman, Kualiti, dan Inovasi dalam Pembinaan Rumah.
Easybina Homes adalah kontraktor perumahan berpengalaman dengan lebih dari dua dekad pengalaman dalam merealisasikan rumah impian pelanggan-pelanggan kami. Kami beroperasi di Kelantan dan sebahagian Terengganu, menawarkan pembinaan berkualiti tinggi dengan fokus pada keselamatan dan kualiti serta inovasi.
Di Easybina Homes, kami menawarkan pelbagai perkhidmatan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pembinaan dan renovasi anda. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri, kami memahami pentingnya setiap aspek dalam proses pembinaan rumah impian anda. Berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan untuk memastikan rumah anda dibina dengan sempurna dan mengikut citarasa anda.
Kami membina rumah di atas tanah milik pelanggan dengan menawarkan dua pakej pilihan: Diamond dan Platinum. Setiap pakej direka untuk memenuhi keperluan dan bajet anda, menggunakan bahan berkualiti tinggi dan reka bentuk yang menarik.
Jika anda tidak mempunyai tanah sendiri, kami menyediakan atau mencari lot-lot tanah untuk dibina rumah mengikut kehendak dan bajet anda. Kami juga menawarkan pakej berharga di bawah RM 300,000, memastikan anda mendapat rumah impian tanpa membebankan kewangan.
Kami menyediakan khidmat pembaikan, penambahan ruang, dan mencantikkan rumah sedia ada. Khidmat nasihat, lawat tapak, dan penyediaan sebut harga diberikan secara PERCUMA mengikut kehendak kerja.
Di Easybina Homes, kami memahami bahawa penyediaan dan kelulusan pelan bangunan boleh rumit. Kami menawarkan pengurusan pelan dari penyediaan hingga kelulusan, memastikan proses berjalan lancar. Fokus pada impian rumah anda tanpa risau tentang dokumentasi dan peraturan.
Selain pembinaan dan renovasi, Easybina Homes juga menguruskan pecah bahagian tanah. Kami membantu dalam penyediaan dokumen dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan, memastikan pemilikan tanah yang jelas dan mematuhi semua peraturan

Masa pembayaran boleh nampak progress kerja buat rumah kalau ambik 9x bayaran, kalau bayar sekaligus takut taksiap konktraktor lari...Â
Pn Norziehan, 37
Kalau ada rasa nak buat rumah buat la.. rumah ni dia makin lama makin naik dia takkan turun, kalau ada modal sendiri atau boleh buat pinjaman ke buat je ..
En zul, 44
Dari segi penerangan saya sangat puas hati daripada EBH, cerita detail apa yang boleh buat, apa yang takboleh buata sebab ada yang saya dengar kontraktor lain kena ikut cara dia ...Â
Pn Naemah, 42
Kita rasa yakin dengan EBH ni dengan penerangan yang diberikan dan mudah nak berurusan ...
En Khusairi
Easybina bagi cadangan kami follow dan terima, ada juga idea daripada kami diterima baik oleh EBH
Dr Qushairi
9kali bayaran ini memudahkan saya dan merendahkan risiko rumah tak siap dengan 9 kali bayaran ni banyak kebaikannya antaranya terhindar daripada risiko rumah tak siap dan kita boleh mengumpul duit dan bayar sikit-sikit tak terasalah duit tu keluar banyak...